Setelah
Nabi Ismail bersetuju untuk membantu Nabi Ibrahim membangunkan Kaabah, maka
Nabi Ibrahim bersama dengan anaknya pun mula membina Kaabah setelah Allah S.W.T
menunjukkan kepada mereka tempat yang harus dibina Baitullah.
Ada
dua riwayat yang mengatakan bahwa Allah S.W.T meninggikan tapak Baitullah
sebelum dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya, tapak Baitullah tidak terkena
bala bencana taufan sewaktu taufan besar melanda.
Satu riwayat lagi mengatakan bahwa
tapak Baitullah itu telah runtuh dalam taufan besar sepertimana runtuhnya
binaan-binaan besar yang lain. Setelah peristiwa taufan besar melanda maka sesungguhnya
tidak ada orang lain yang mulakan pembinaannya semula kecuali Nabi Ibrahim dan
anaknya.
Nabi
Ibrahim dan Nabi Ismail memulakan pembinaan Baitullah. Nabi Ibrahim menyusun
naik batu sementara Nabi Ismail pula mengutip batu-batu besar seperti yang difirman
oleh Allah S.W.T dalam firman-Nya
وَإِذْ
يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا
تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Artinya "Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim
bersama-sama anaknya Nabi Ismail meninggikan binaan (tapak) Baitullah (Kaabah)
sambil keduanya berdoa dengan berkata, Wahai Tuhan kami! Terimalah, daripada
kami amal kami sesungguhnya Engkau amat mendengar lagi Amat Mengetahui."
(surah al-Baqarah ayat 127).
Apabila
binaan sudah meninggi, Nabi Ismail, menghulurkan batu besar yang cukup tinggi
dan diambil oleh Nabi Ibrahim dan membina Baitullah sehingga ia siap
pembinaannya. Maka dengan kehendak Allah S.W.T sebaik saja Nabi Ibrahim
meletakkan kakinya di batu besar itu, maka terlekatlah tapak kaki Nabi Ibrahim
sepertimana dapat kita melihatnya sehingga hari ini dekat Baitullah. Dan ini
adalah suatu tanda kebesaran Allah S.W.T.
Apabila
agama Islam datang, Allah S.W.T mensyariatkan untuk bersembahyang di belakang
maqam Ibrahim sepertimana firman Allah ;
وَأَمْنًا
وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
Artinya :"Dan jadikanlah oleh
kamu maqam Ibrahim itu tempat sembahyang." (surah al-Baqarah ayat 125).
Yang
dikatakan maqam Nabi Ibrahim itu adalah kedua belah bekas tapak kaki beliau dan
bukan kubur Nabi Ibrahim. Setelah
selesai pembinaan Baitullah, maka Allah S.W.T memerintahkan Nabi Ibrahim
memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman
Allah S.W.T ;
وَأَذِّنْ
فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ
كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Artinya : "Dan serulah umat manusia untuk
datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan
berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang
datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh." (surah al-Haj
ayat 27).
Setelah
itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling
dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah,
"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu
rumah-Nya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di
sana." Nabi Ibrahim menyeru ke
kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah S.WT menyampaika
seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah
dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu
tidak akan sah tanpa talbiah.
Bacaan
talbiah antara lainnya, "Labbaikallahhummalabbaik" yang bermakna, aku
datang untuk menunaikan panggilan-Mu ya Allah.
Menunaikan haji adalah salah satu rukun Islam, oleh itu hendaklah kita
menunaikannya apabila kita sudah mampu melaksanakannya. Banyak orang menunaikan
haji, tetapi sekembali mereka dari menunaikan haji yang sangat menyedihkan
ialah terdapat juga orang yang melakukan maksiat lebih teruk dari masa sebelum
menunaikan haji. Oleh itu, hendaklah kita mulakan dengan sembahyang, puasa,
zakat dan seterusnya menunaikan haji.
Kalau
kita menunaikan haji tanpa mengerjakan sembahyang lima waktu maka sia-sia saja
haji yang kita lakukan sebab ia tidak akan diterima oleh Allah S.W.T. Dan ini
adalah salah satu punca mereka yang kembali dari menunaikan haji melakukan
bermacam-macam maksiat.
Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T
Bagi mereka yang mendapat kenikmatan haji mereka ini tidak akan berani melakukan kerja-kerja yang dimurkai oleh Allah S.W.T sebaliknya mereka akan berusaha untuk menjadi muslim yang sempurna. Tanpa mengerjakan sembahyang, maka semua kerja-kerja yang berbentuk amal, sedekah, zakat dan sebagainya semuanya itu tidak akan diterima oleh Allah S.W.T
Tidak ada komentar:
Posting Komentar